Kehidupan Peribadi Wan_Aishah_binti_Wan_Ariffin

Selain berbakat dalam dunia tarik suara, Aishah juga dikenali kerana kemahirannya dalam membuat kraftangan. Beliau sering terlibat dalam ekspo kraftangan dan pernah membuka perniagaan berkaitan kraftangan. Dari segi kehidupan peribadi pula Aishah sememangnya dikenali kerana prinsip tidak berkongsi ceritanya. Menerusi dua perkahwinan pertamanya, Aishah dikurniaakan dua orang cahaya mata iaitu Armand Azhari (lahir 1993, dari perkahwinan pertama yang dirahsiakan), dan Azhad Ahlami (lahir 1998 dari perkahwinan kedua yang berakhir pada 2005 setelah berpisah selama beberapa tahun). Aishah pernah mencetuskan kontroversi apabila perkahwinan ketiganya berlangsung secara rahsia di Selatan Thailand. Perkahwinan bersama seorang lelaki bernama Faizal Sazali Zulkifli pada tahun 2010 itu akhirnya dimaklumkan kepada umum ketika pelancaran album "Anak" [13]. Namun perkahwinan itu juga berakhir dengan penceraian pada tahun 2012.

Rujukan

WikiPedia: Wan_Aishah_binti_Wan_Ariffin http://www.sabahdaily.com/2012/07/aisyah-saya-pili... http://www.theedgemalaysia.com/in-the-financial-da... http://www.youtube.com/watch?v=Pu-IUEmM3bs&feature... http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=10... http://www.sinarharian.com.my/politik/peminat-horm... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...